Thursday, November 4, 2010

Digantung Tidak Bertali

Assalamualaikum semua... hari ni tetiba mood nak menaip dtg.. banyak crita sbenarnya yg aku nak coretkan kat sini.. tp malas , segan semua yg sewaktu dgn-nya..

sekarang kampung aku dilanda musibah banjir.. lg teruk dr taun 2005..KANGAQ setel, behoq pulai pon setel jugak.. nasib baik cuti Deepavali.. tidak habislah budak2 sekolah 2..

Bercakap tentang sekolah menengah.. uish serius banyak kenangan... yola aku best sudent kot kat sekolah.. hahah... nak kata aku ni jahat xla jahat sangat  cuma nakal sikit ja... stendet la pucuk baru naik.. time 2 sekitar taun 2005. Form 4 klu x silap.. aku fly pergi tgk bola la.. xda adab langsung time 2.. hahaa... Kami keluar ramai2 dlm 12 org klu x silap... dan perkara yang membantu kami keluar dgn selamat sebab ada konsert nasyid kat IPG.. suruh p tgk nasyid kami pa meluncoq p tgk bola... lepaih setel tgk bola balik la sekolah dgn bejalan kaki... jauh x hengat akhirnya selamat masuk ke dalam kawasan sekola.. ok setel 1 bala

Hari Isnin solat Maghrib..
ada announcement panggil nama aku n 2 org lg sruh p jumpa PK HEM.. aku rasa pelik dah ni.. dan betui apa yg aku jangka aku kantoi jugak akhirnya... Mcm haram jenuh aku menafikan segala tuduhan yg dilemparkan..hahah.. mcm dalam mahkamah pulak..

Dia tgk aku. dr bawah sampai atas. Ah suda pasal apa yg tenung aku mcm tu.. lepas tu dia kata lebih kurang ginila ayat dia

Cikgu: Saya boleh maafkan maafkan awak tp dgn satu syarat

Aku:  Apadia cikgu??


??????

??????

??????









Cikgu: Awak perlu digantung persekolahan selama 2 minggu



Aku: Ku acungkan jari tgh ke arah Surti .. penuh emosi saya bilang ******* (Sila jaga tatabahasa anda)






p/s
  • jgn wat honaq( jht) kat sekola.. sekarang aku dh baik. haha :) 
  • dahala dpt cuti 2 minggu..  Perlih  kalah pulak dgn TMFC 2-1 mlm tu.. sial la
  • Semoga Allah memberkati semua insan yg mecurahkan ilmu kpd aku.. Halalkan dunia akhirat ye..
  • Selamatkan rakyat perlis dr musibah banjir Ya ALLAH

ok bye2...

Monday, October 18, 2010

Minah Salleh

Assalamualaikum semua.... hari ini hari isnin bermakna cuti la kan... ahaha.. sesi pembelajaran dah habis, jadi kena la pulak tumpukan perhatian kat esaimen & bengkel 2 pulak... mmg stress jugak la... kalu sekali try jadi teros kan seronok.. tp stended la.. cikgu Sains sekola rendah aku cita.. thomas Elva edison yg buat mentol pon sampai seribu kali bru menyala (1000x????) tp mungkin yg korang pernah dengar x sampai 1000x..



jadi untuk menghiburkan hati aku dan korang semua.. aku nak kong si satu video
   









hahah... sapala ajaq minah saleh 2... agak2 r...
ok2.. bertemu lg di post yg akan datang

Tuesday, October 12, 2010

Bowringggggggg

Assalamualaikum semua.. dah lama aku x menghapdet blog... xda cita yg menarik la nk post.. sekarang ni tengah bizi la dgn esaimen smua.. banyak saknat...dhla exam straight pulak 2.. mampus la.. (tawakal je la)... hahah..

Apapon kepada kawan2 saya ucapkan selamat maju jaya dalam exam nnt..





p/s: Takziah kpd mangsa kemalangan ngeri 10.10.10( ip address) ..syarikat bas patut tukar nama ekspres tu   kpd ?????

Sunday, August 15, 2010

Kehidupan Seorang Blogger

                                           sila klik untuk tumbesaran





hahah....

Wednesday, August 11, 2010

Al Fatihah

Aku dah lupa mcm mana kita boleh kenal....Dah bertahun tahun x berjumpa.. tup2 engkau dah dijemput oleh Yang Maha Esa... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...

Selamat tinggal Siti Nor Izzah.. Semoga tenang di sana...



KLIK DI SINI

SAMAN

Assalamualaikum semua...

Aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada yg beragama Muslim.. Puasalah dengan seikhlas hati... Jagalah pertuturan di bulan yang mulia ini...










celakala... kena saman dengan polis tadi... lahanat@#$@$#@^$##$

Tuesday, June 29, 2010

Masih Hidup

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!"

Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..

Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.




Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda.

Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka.