Friday, December 31, 2010

Perutusan Tahun Baru 2011








Assalamualaikum... kami wira wira negara yang sedang berjuang di IRAQ ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada rakyat Malaysia.. kepada para remaja jagalah adab dan maruah kamu semua supaya pada 10 /9/ 2011 tidak terpampang kes bayi bayi yang tidak berdosa dibuang di dada akhbar tempatan..

Akhir kata.. doakan kami kami di perantauan... Lama tak pergi tengok konsert..




P/s: Cuba teka wa yang mana?

Tuesday, December 21, 2010

Homo Sapien

Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini.

Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman.

Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup.

Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.







p/s: Wa yang keempat - belajar apa sahaja dan berdoa sambil berusaha.. amacam???

Sunday, December 19, 2010

Drama Komedi Terbaik

“Memang tidak dinafikan agak sukar untuk menjadi seorang gay di Malaysia lebih-lebih lagi kita seorang Melayu kerana faktor agama dan budaya banyak mencorakkan kehidupan kita dan memberitahu apa yang kita boleh jadi dan apa yang kita tidak boleh jadi,” katanya

 wa copy paste dari Harian Metro









p/s: Lu keluar dari bontot ke? Wa harap Allah s.w.t memberi taufik & hidayah kepada beliau

Saturday, December 18, 2010

Pelempang nak?

Assalamualaikum..

hari ni wa keluar jalan jalan usya aksesori komputer dekat MITC..  ada PC Expo.. baru bermula semalam.. siapa2 yang area Melaka bolehlah datang memeriahkan EXPO ini.. wa pergi dengan member yang namanya dirahsiakan atas sebab2 keselamatan..

Langkah pertama kami pergi top up minyak dulu... nak jalan jauh ni...wa tolong isi minyak sambil member wa pergi bayar.... lepas selesai isi minyak.. kitorang gerak..macam 2 skil rupanya member wa ni... ada bakat la nak jadi Loris Capirossi... ok la tu ada rossi juga dekat belakang.. jumpa lori tanah, trailer 24 tayar, bas EXPRESS DELIMA beliau x kisah... tapi wa yang kat belakang ni tersangatlah kisah..

selepas penat mengharung semua itu.. kitorang pon selamat tiba... member wa angkat seat moto nak letak helmet... wa hairan apasal macam basah semacam .... Bau petrol RON 95 kuat menusuk hidung






Aduhmak ai... Tangki minyak lupa nak tutup la...Macam banyak ja minyak tumpah ni.. .kata member wa







Wa ambil helmet terus main timbang timbang macam sepak raga





p/s: Siapa yang harus dilempang berdasarkan kejadian di atas

Friday, December 17, 2010

Besau Bona




p/s: patutnya beliau mintak dwi pilihan.. tak la konfius sangat...ye dok???

Wednesday, December 15, 2010

Ghobu

R  A  B  U.... bunyi apa Ammar? 


MASKMAN cikgu... jawab wa dengan penuh syahdu dan bersahaja..






wa yang hitam tu..





p/s: sebulan wa tak boleh tengok tv... hampeh... cikgu Rehah report kat bapak wa

Tuesday, December 14, 2010

Isyarat Trafik

Assalamualaikum...


Kesesakan jalanraya adalah perkara biasa di kebanyakkan bandar di Malaysia ini, terutamanya waktu
puncak, waktu pagi, waktu orang pergi kerja, waktu pelajar ke sekolah.. owh ok2 ni intro je..
 
Tahun 2004 

Time ni wa menghitung hari bila hendak menghabiskan alam Tingkatan 3.. bapak bosan tunggu lama2.. exam PMR pon dah setel.. jadi untuk mengisi masa senggang ni bebudak Form 3 dah diaturkan bermacam macam program.. wa pikir baik sekolah bagi cuti je... menyemakkan sekolah...

satu hari tu  kitaorang ada ceramah pasal keselamatan jalan raya... jadi wa pon layan kan je la..  taun depan umur dah lepas nak ambik lesen...Brader polis ke JPj wa dah tak ingat tunjuk macam macam gambar... peh ada pai epal, gulai nangka dan yang wa tak tahan kambing panggang.... meleleh air luir wa time tu....  ceh.. lu orang ingat makanan ke... haha bukan ... gambar kemalangan ngeri la...

sesi kedua lepas rehat... brader tu ada tanya pasal maksud setiap kaler traffic light.. ceh benda senang  tu.. budak tiga taun pon boleh jawab.. Tapi ada sorang member wa ni ilmu alam dan pengetahuan am dia cukup tinggi.. beliau pon cakap kat brader tu.. lebih kurang macam ni..



Merah untuk jalan hijau kita berenti la brader...

brader tu dah cuak.. lalu membalas "kat mana lu jumpa traffic light ni.?".

member wa dengan yakin...."di kampung saya.."


esoknya wa dah tak nampak member wa ni kat sekolah... diberi cuti mungkin...




p/s: Kampung lu orang ada traffic light macam ni?? ada? ada?