Saturday, November 19, 2011

Kafe Komputer Brader Man


Sreeeeeettttttt... Brek motor ditarik adik gua.. terhentak ke depan dibuatnya... "Inersia bang" jawab beliau...
Gua terus turun dari motor dengan senyuman mencuka...  Pintu kafe komputer terus gua kuak... Tak ramai sangat orang hari ni.. Ada la dalam dua tiga orang budak yang fokus main CS.. Bang sana... bang sini..

Mata gua meliar cari pc kosong.. ada dan strategik  tempatnya.. "Bro pc no 7".. Adik  gua pulak entah ke mana pergi pon x tahu...  Ikon  Mozilla Firefox terus gua klik.... Pertama tama sekali mestilah bukak FB usha luahan perasaan manusia.. ada sedih ada yg hepi... lepas tu new tab buka Harian Metro... kes bunuh.. buang baby ... Cilaka..  lepas tu bla bla.......

Adik gua tiba tiba datang masuk capai kerusi lalu duduk sebelah gua.. Entah macam mana time tu gua teringat tentang blog gua  yang dah lama x jenguk ni.. Tangan gua pantas menaip "incheammart.blogspot"  lalu gua tunjuk dekat adik gua..

"Woi ni blog gua"... "owh" balasnya pendek... "Lu patut baca blog gua ni... banyak manfaat nya... Isi kandungan berilmiah lepas tu ...gedegang gedegung... bla bla bla... patut baca tiap tiap hari.... dapat jadi insan yang cemerlang dan terbilang " nasihat gua pada beliau..

"Ye ke???  tapi gua  baca satu "blog''ni... Pergh... isi kandungan dia memang hebat tak terkata... Ayat ayat dia memang puitis dan lu kena ada daya pemahaman yang tinggi.. Senang cerita lu kena banyak pikir la tentang ayat ayat tu... banyak maksud tersirat dan tersurat dan yang pasti lagi bagus dari blog lu ni... Lagi satu lu baca isi blog ni dapat pahala tau tak??"

Gua dah pelik... Adik gua ni saki baki pengikut ajaran sesat ke apa..."Lu jangan memain... lari akidah nanti.. baca blog dapat pahala??"  "Tak.. gua serius" tenang dan bersahaja balasnya...  "Apa nama blog tu??" tanya gua dengan nada yang keras tak berapa nak keras

----
----
----


Petang tu jugak gua belanja adik gua makan aiskrim vanilla disaluti sos buah naga... Adik beradik jangan berkira...












nota kaki


"Kitab suci bro...  Al Quran... Lu ni pun dah lama gua tengok tak baca kitab suci tu.." sambil tepuk2 belakang badan gua.....  Serius terkedu dan berapi..


Monday, March 7, 2011

Nyah kau dari sini




lama x masuk.. baca ayat kursi sikit... semoga dirahmati blog ini

Wednesday, January 12, 2011

Stok Kurang Je.... Apa Ada Hal

Sekarang ni tengah kecoh dengan isu kekurangan minyak masak.. Makin lama makin hangat isu ni.. Pembekal simpan stok ke?? Kalau ada pun cuma minyak masak jagung, minyak zaitun, minyak kacang soya dan macam macam lagilah jenis.. Tapi mahal dan kuantitinya kurang berbanding minyak masak kelapa sawit..

Ya kelapa sawit....Cikgu geografi wa ajar dulu tanaman yang dibiakkan melalui anak benih pokok ini sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam). Pakej wa kasi info ini kalau lu orang nak berjinak jinak dengan kelapa sawit ni..

Melalui buku rujukan keluaran SASBADI wa dapat tahu negara kita ni merupakan salah satu pengeluar utama minyak masak dunia.. Tapi .....










itu tahun 2002.. sekarang dah 2011... Jadi wa sarankan SASBADI rombak balik kenyataan tu.. Rakyat sendiri nak beli minyak masak pun susah.. Lepas ni pisang goreng hanya tinggal kenangan sahaja.. Tolonglah kami Malaysia.. Minuman petang tiada serinya tanpa cekodok..



p/s: bagus minyak masak kurang ni.. sayangi jantung anda.. ada pro ada kontranya

Tuesday, January 11, 2011

Dah Upload!!!

Tunggu apa lagi.. cepat cepat "upload" video anda di YouTube.. Mana tahu tuah anda.. AJL26



Assalamualaikum...





p/s: sedikit kecewa Tomok kalah..eyh bukan... Bangfes...jiwa indie mesti dipertahankan..

Saturday, January 1, 2011

Insaf

Assalamualaikum..

Tertawa kecil aku melihat karenah manusia di malam tahun baru ini... Aku sudah lama menyambut tahun baru sebenarnya. dah hampir sebulan.. tapi baru malam ini mereka mereka itu seronok meniup belon, merempit sana sini.. anak anak muda berhibur tanpa batas lalu sampai melakukan zina... ok.. aku stop di sini...


Tolong selak kalendar Islam sebentar... sudah berapa MUHARAM  hari ini?



p/s: aku nak layan lagu bulan Islam by Alarm Me

Friday, December 31, 2010

Perutusan Tahun Baru 2011








Assalamualaikum... kami wira wira negara yang sedang berjuang di IRAQ ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada rakyat Malaysia.. kepada para remaja jagalah adab dan maruah kamu semua supaya pada 10 /9/ 2011 tidak terpampang kes bayi bayi yang tidak berdosa dibuang di dada akhbar tempatan..

Akhir kata.. doakan kami kami di perantauan... Lama tak pergi tengok konsert..




P/s: Cuba teka wa yang mana?

Tuesday, December 21, 2010

Homo Sapien

Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini.

Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman.

Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup.

Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.







p/s: Wa yang keempat - belajar apa sahaja dan berdoa sambil berusaha.. amacam???