Seluruh negara mabuk dengan 5A di sana sini. Untuk apa 5A pada tahap UPSR???
Lebih baik jangan masukkan terlalu banyak angin ke dalam kepala anak-anak ini seolah-olah mereka sudah berjaya dalam pelajaran! Baru UPSR! Ada yang sudah mahu mengubah kehidupan!! Nanti dahulu, perjalanan masih jauh.
Elok diberi pujian kepada yang mendapat 5B. Itupun bagus. Siapa mengatakan 5B tidak bagus. Kepada adik saya yang mendapat 3A dan 2B, pun cukup bagus!!! Tahniah besar.
Sepanjang pengalaman saya di institusi pendidikan, tidak pernah ada orang yang bertanya bila-bila dan di mana-mana, berapa A UPSR yang Tuan dapat?
*****************************************************************************************
mari kita layan Lawak UPSR di bawah...
Qistina, "Atuk Profesor, Ayah saya itu penjual kereta yang paling hebat ya Atuk!"
Atuk, "Ya, tentulah! Ayah Qistina itu pandai menjual kereta, bukan semua orang pandai menjual kereta. Atuk pun tidak boleh."
Qistina, "Ayah dapat 5A UPSR tak??"
Atuk, "Tidak!'
Qistina, "Atuk dapat 5A tak?"
Atuk, "Tak."
Qistina, "Nenek!"
Atuk, "Pun tidak!"
Qistina, "Kalau begitu, saya pun tidak perlu mendapat 5A ya Atuk!"
Atuk,"Cucu bertuah!!!!"
p/s: Kepada yg dapat 5A tu tahniahla.. tp perjalanan masih jauh.. Anda cemerlang di sekolah rendah x semestinya anda akan terus cemerlang di sekolah menengah dan universiti.. Cabaran semakin bertambah.. Ilmu perlu diamalkan bukan dibudayakan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
cayalah bro... hidup 5A.. oops.. hidup 5B!!!.. hehe
Post a Comment