Thursday, November 18, 2010

Potong

 Assalamualaikum.. belum lambat lg rasanya nak mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha ni.. hehhe

 ok.. semalam wa ada buat babique ... beli ayam sekor dan cukupla untuk 6 kepala.. wa suruh dia potong 16.. tp dia x dengar kot.. ok fine.. balik rumah.. wa potong bagi kecil... FYI.. ini first time wa potong ayam.. kalau ikan.. ceh.. a piece of cake la bak kata mat saleh..


wa amik papan putih dan pisau... wa pasang kuda kuda..lalu wa hentak paha ayam tu... Eh... x putus lagi..


Wa hentak lg..



hentak lagi..



hentak lagi..



hentak lagi..





PRAKK...



Ha tudia... wa angkat.... eh belum putus lagi paha ayam ni... Wa tengok papan putih dah terbelah dua.. Spoil la... member2 wa tahan gelak dalam perut...




p/s: kat sekolah dulu wa penah tumbuk bola sampai kempis





Thursday, November 11, 2010

Untuk Pelajar Sekolah Rendah

Seluruh negara mabuk dengan 5A di sana sini. Untuk apa 5A pada tahap UPSR???

Lebih baik jangan masukkan terlalu banyak angin ke dalam kepala anak-anak ini seolah-olah mereka sudah berjaya dalam pelajaran! Baru UPSR! Ada yang sudah mahu mengubah kehidupan!! Nanti dahulu, perjalanan masih jauh.


Elok diberi pujian kepada yang mendapat 5B. Itupun bagus. Siapa mengatakan 5B tidak bagus. Kepada adik saya yang mendapat 3A dan 2B, pun cukup bagus!!! Tahniah besar.


Sepanjang pengalaman saya di institusi pendidikan, tidak pernah ada orang yang bertanya bila-bila dan di mana-mana, berapa A UPSR yang Tuan dapat?


*****************************************************************************************



mari kita layan Lawak UPSR di bawah...



Qistina, "Atuk Profesor, Ayah saya itu penjual kereta yang paling hebat ya Atuk!"
Atuk, "Ya, tentulah! Ayah Qistina itu pandai menjual kereta, bukan semua orang pandai menjual kereta. Atuk pun tidak boleh."
Qistina, "Ayah dapat 5A UPSR tak??"
Atuk, "Tidak!'
Qistina, "Atuk dapat 5A tak?"
Atuk, "Tak."
Qistina, "Nenek!"
Atuk, "Pun tidak!"
Qistina, "Kalau begitu, saya pun tidak perlu mendapat 5A ya Atuk!"
Atuk,"Cucu bertuah!!!!"






p/s: Kepada yg dapat 5A tu tahniahla.. tp perjalanan masih jauh.. Anda cemerlang di sekolah rendah x semestinya anda akan terus cemerlang di sekolah menengah dan universiti.. Cabaran semakin bertambah.. Ilmu perlu diamalkan bukan dibudayakan..

Birthday Awekku




Selamat hari lahir
Semoga Allah mencintaimu
Melebihi luas cintaku
Kepadamu wahai ibu

Terimakasih telah melahirkan, merawat, menjaga, dan mendoakanku senantiasa hingga saat ini




Wednesday, November 10, 2010

Fanatik

Anonymous  :   Brader..  lu ada  download video final World Cup 2010 x ..? ?.

Aku :  Ade... apasal??  lu x puas hati ke Spain menang...

Anonymous  : Pegi mampos sama  Spain la ... gol naseb... Belanda boleh menang la.. Xde 'luck' r...

Aku :  Lu tengok dulu ini video.. Keeper lekeh la....


*********************** 5 minit kemudian**************





Aku :  Ha camner..?? bola kalau dah nak masuk masuk jugak...(Ayat kasi hangat sikit)


Anonymous Ah... memang x guna betol la Mark Zuckerberg ni... bola camtu pon x leh nak tangkap.. Sial la














Aku :  Mark Zuckerberg???? erkkkkkk....








p/s:  Mark Zuckerberg pengasas Pesbuk... Marten Sketelenburg adalah goalkeeper Belanda (pengetahuan am)

       Ini padahnya gila main Pesbuk...

Tuesday, November 9, 2010

Nombor Satu

SEDIA


AWAL 


TUMPUAN



ULANGKAJI 







aku masih ingat lg time perhimpunan sekolah rendah dolu CHEGU ANUAR SAARI dok ulang2 benda ni saja.. tiba2 teringat kat dia... garang lahanat dia ni... cubit perot member aku sampai terkencing..   malu siak.
esok dahla exam kol 9 pg.. tp tahla baca pon masuk sikit2 saja.. saja gatai tangan nak update blog... ok la aku chow dulu le... Assalamualaikum..




p/s: 
  • Cikgu Anuar ialah chegu Matematik saya... salah lebih dr 3x... berbalut la kepala anda...
  • Banjir di Perlis hampir pulih.. syukur pada Ilahi..
     



Saturday, November 6, 2010

Final Exam


DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh






p/s : Nak amik final exam ni.. doakan saya.. yag salah itu dtg dr saya.. yg benar dan sempurna dtg 
dr   ALLAh   s.w.t

Copsychus Malabaricus




Assalamualaikum.. harini aku nak cerita sikit pasal burung...sebab apa burung??.. ha... kat rumah abah aku ada bela burung murai batu 2 ekor atau nama glamernya shama... ini sah di sisi undang2 tau.. siap ada lesen lg nak bela burung ni.. yela burung yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.. Peh.. x tau la berapa harga lesen 2 tapi bapak aku pernah cakap.. setakat 5 rat tu x kebuloq aku nak jual kat kawan dia.. kawan2 dia banyak bela tp xdk lesen nnt kena rush ngn Perhilitan jadi cacamarba pulak. ye dok?? hahah..

Abah aku minat bela burung ni time aku umoq 5 taun la seingat aku.. burung ni pulak dibela dr kecik kira lama jugakla nak train menatang bg dia berkicau... Time tu jugak tgh hangat pertandingan lawan burung yg paling sdp berkicau.. Bapak aku pernah menang kot... bukan sekoq yg menang tp tiga bai... diulangi 3.. ketiga tiga tu menang.. pergh...(time 2 bapak aku bela 3 ekoq).. aku bangga bapak ajak aku naik pentas amik hadiah.. dapatla toaster, hamper dan mcm2 lg...

Tp lepastu bapak aku jual burung2 2.. dan berenti sat main  bela burung.. Besala burung champion punya mesti org nak beli... Makanan burung ni bapak aku bg makan teloq kerengga.. ha.. aku rasa kat dunia ni berapa kerat saja yang sanggup buat kerja ni.. susah kot.. aku dh try dah nak ambik teloq kerengga bukan main payah lg.. gatal satu badan kena gigit...member ayah aku yg dok buat kerja ni.. Pakcik Cha aku panggil..
Dia ni org susah.. tiap2 hari p cari teloq kerengga...n kupas kelapa 1000 biji.. dpatl 50 hengget sari... tp lani Alhamdulillah dh hidup senang.. Allah tolong sapa yg kerja ikhlas...




kesimpulannya... nak buat kerja 2 biaqla ikhlas...bru kerja 2 berkat....






p/s:
  • Burung murai tu adik aku bg nama IRHAM(jantan) dgn MIKI(betina)
  • Next week aku final exam.. doakan semoga berjaya yeap..