Sunday, June 27, 2010

Oh Ghana

Assalamualaikum para sahabat... dan apa khabar Malaysia

hari ini saya ingin menulis tentang pasukan Ghana yg mana telah berjaya menewaskan pasukan USA 2-1 selepas tamat masa tambahan..tetapi diingatkan saya bukan SHEBBY SINGH, HASBULLAH AWANG mahupun pengkritik sukan lain yg terkenal di seantero dunia..

Berbalik kepada pasukan Ghana yang pada mulanya dipalit berita kurang gembira kerana 'mastermind' pasukan ini iaitu Michael Essien mengalami kecederaan yang berpanjangan. Pasukan Ghana telah mengambil langkah bijak dgn tidak menyenaraikan beliau. Aku sendiri x pasti adakah Stephen Appiah mendapat tempat pada saingan Piala Dunia kali ini.

Ternyata percaturan Milovan Rajevac pada game semalam membuahkan hasil.. pemain pemain muda yang diturunkannya mempamerkan persembahan yang begitu menakjubkan.. kredit harus diberikan kepada penjaga gol Richard Kingson yang banyak menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi...

Asamoah Gyan pula membuktikan beliau layak dijulang sebagai wira.. Gol yg dicari cari akhirnya muncul sekaligus membawa wakil benua Afrika ini ke suku akhir...

Ternyata Piala Dunia adalah tempat untuk pemain muda yang baru menempa nama menunjukkan aksi, skil dan kreativiti mereka menjana pasukan. Tidak syak lagi Ghana mampu meneruskan aksi konsisten mereka..

Sekian.. saya Chi Ammart selaku pengadil kelima dr Malaysia melaporkan dari Johannesburg, Afrika Selatan. Di sini hujan emas.. saya x sabar berhujan batu di negara sendiri.. ahakz




0 comments: